PERATURAN

Para tetamu diminta mematuhi syarat-syarat dan peraturan berikut :-

1.       Waktu Check-in 2:00 petang. Waktu Check-out 12:00 tengahari.
RM10 akan dikenakan untuk setiap jam selepas pukul 12:00 tengahari (sekiranya tiada tempahan hari berikutnya)
2.      Deposit RM50 untuk "block date”.
Bayaran Penuh" secara tunai mesti dibuat semasa check-in. Resit akan diserahkan semasa penyerahan kunci.
3.      Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau      kumpulan rakan yang sama jantina. Pasangan yang bukan mahram tidak dibenarkan      sama sekali. Penyewa Muslim sahaja.
4.      Tetamu diminta menja keselamatan homestay.              
i.                    Pastikan pintu berkunci sebelum meninggalkan rumah.
ii.                  Matikan/Off kan peralatan elektrik jika tidak digunakan.
iii.               Pastikan paip air ditutup selepas digunakan.
5.      Menjaga kebersihan dalam dan luar rumah. Buang sampah ke dalam bakul sampah dan tong sampah yang disediakan.
6.      Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap di taman perumahan, berkelakuan sopan dan tidak membuat bising sesuka hati.
7.      Meletakkan kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu petak parkir penghuni lain.
8.     Memastikan semua peralatan dan perabot yang ada di dalam homestay ini digunakan dengan sebaiknya dan tidak dibawa keluar. Diharap juga tidak mengubah kedudukan sebarang perabot di dalam homestay.
9.      Jangan tinggalkan sebarang barang berharga di dalam homestay. Pihak homestay tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan barang berharga anda semasa menginap di homestay.
10.  Gantirugi akan dikenakan jika kehilangan kunci atau kerosakan yang berpunca dari kecuaian tetamu semasa menginap di homestay.
11.   Binatang peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke homestay.

12.  Dilarang memaku atau menconteng dinding.

No comments:

Post a Comment